SOALAN EKONOMI STPM PENGGAL 1( BAHAGIAN B)
Bahagian B
Jawab empat soalan sahaja.
1 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas pasaran perusahaan batik apabila,
(a) Kerajaan menggalakkan kakitangan awam berpakaian batik pada hari Khamis.[5]
(b) Cukai ke atas kain putih dinaikkan. [5]
2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan harga? [2]
(b) Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan jenis keanjalan permintaan harga berikut:
(i) anjal
(ii) tidak anjal
(iii) anjal satu [8]
3 (a) Apakah dimaksudkan dengan beban cukai ? Berikan contoh tersebut. [4]
(b) Apabila kerajaan mengenakan cukai jualan, bebannya ditanggung oleh penjual dan pembeli. Dalam keadaan bagaimanakah beban cukai ini lebih banyak ditanggung oleh penjual? [6]
4 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan
(i) ekonomi bidangan
(ii) tak ekonomi bidangan [2]
(b) Terangkan bagaimana ekonomi bidangan luaran dan ekonomi bidangan dalaman
mempengaruhi kedudukan keluk kos purata jangka panjang. [8]
5 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran monopoli? [5]
(b) Bandingkan ciri-ciri antara pasaran monopoli dengan pasaran persaingan sempurna. [5]
6 “Tuntutan kenaikan upah oleh kesatuan sekerja boleh menyebabkan berlaku masalah
pengangguran dalam ekonomi.” Bincangkan. [10]
Tiada kah jawapan nya terus?
ReplyDeleteTiada kah jawapan nya terus?
ReplyDelete