SOALAN EKONOMI STPM PENGGAL 1( BAHAGIAN B)


Bahagian B

Jawab empat soalan sahaja.

1 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas pasaran perusahaan batik apabila,
(a) Kerajaan menggalakkan kakitangan awam berpakaian batik pada hari Khamis.[5]
(b) Cukai ke atas kain putih dinaikkan. [5]

2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan harga? [2]
   (b) Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan jenis keanjalan permintaan harga berikut:
        (i) anjal
       (ii) tidak anjal
      (iii) anjal satu [8]

3 (a) Apakah dimaksudkan dengan beban cukai ? Berikan contoh tersebut. [4]
   (b) Apabila kerajaan mengenakan cukai jualan, bebannya ditanggung oleh penjual dan pembeli.                Dalam keadaan bagaimanakah beban cukai ini lebih banyak ditanggung oleh penjual? [6]

4 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan
        (i) ekonomi bidangan
       (ii) tak ekonomi bidangan [2]

  (b) Terangkan bagaimana ekonomi bidangan luaran dan ekonomi bidangan dalaman
      mempengaruhi kedudukan keluk kos purata jangka panjang. [8]

5 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran monopoli? [5]
   (b) Bandingkan ciri-ciri antara pasaran monopoli dengan pasaran persaingan sempurna. [5]

6 “Tuntutan kenaikan upah oleh kesatuan sekerja boleh menyebabkan berlaku masalah
     pengangguran dalam ekonomi.” Bincangkan. [10]


Comments

Post a Comment

Popular Posts