SOALAN EKONOMI STPM PENGGAL 1 :)
SOALAN EKONOMI STPM PENGGAL 1
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.
1. Oleh sebab sumber ekonomi adalah terhad dan kehendak manusia tidak terhad, maka
A. agihan pendapatan yang setara sukar dicapai
B. barang ekonomi dapat diperoleh dengan percuma
C. pilihan perlu dibuat untuk membuat keputusan ekonomi
D. sumber-sumber ekonomi tidak dapat diperuntukkan dengan cekap
2. Barangan awam merupakan barangan yang
A. tidak mempunyai kos lepas
B. tidak memberi kepuasan kepada pengguna
C. tidak menguntungkan kepada pengeluaran
D. tidak pengecualian penggunaan untuk semua orang
3. Berikut merupakan sebab-sebab kerajaan campur tangan dalam sistem pasaran kecuali:
A. mengelakkan kos sosial
B. mengelakkan eksternaliti positif
C. mengelakkan ketidakstabilan harga
D. mengelakkan ketidakstabilan agihan pendapatan
4. Fungsi penawaran dan fungsi permintaan bagi barang x adalah seperti
berikut;
Qd = 120 - 25P
Qs = -60 + 20P
Berapakah tingkat harga dan kuantiti apabila pasaran mencapai keseimbangan,
A.RM 4 dan 20 unit
B.RM 4 dan 40 unit
C.RM 5 dan 20 unit
D.RM 5 dan 40 unit
5. Apakah kesan terhadap lebihan pengguna sekiranya harga barang meningkat?
A. lebihan pengguna bertambah
B. lebihan pengguna berkurangan
C. lebihan pengguna tidak berubah
D. lebihan pengguna bertambah kemudian berkurang
6. Nilai keanjalan penawaran suatu barang ialah 2.5. jika harga meningkat
dari RM4.00 kepada RM6.00, kuantiti penawaran bertambah daripada 400
unit kepada
A 500 unit
B 600 unit
C 900 unit
D 1000 unit
7. Nilai keanjalan permintaan harga bagi barang Y ialah – 2. Jika penjual ingin
menambahkan jualan sebanyak 50%, penjual mesti
A menaikkan harga sebanyak 25%
B menurunkan harga sebanyak 25%
C menaikkan harga sebanyak 100%
D menurunkan harga sebanyak 100%
8. Antara berikut, yang manakah tidak menerangkan konsep jangka masa dalam
teori pengeluaran.
A. Dalam jangka pendek pengeluaran firma bertambah disebabkan
pertambahan faktor berubah kepada setiap faktor tetap
B. Dalam jangka masa panjang, faktor pengeluaran berubah digunakan
dalam pengoperasian firma.
C. Dalam jangka pendek, faktor tetap dan faktor berubah ditambah untuk
meningkatkan pengeluaran firma.
D Dalam jangka panjang merupakan jangka masa perancangan yang
membolehkan firma menambahkan pengeluaran dengan mudah.
9. Firma persaingan sempurna mendapat untung biasa dalam jangka panjang
kerana:
A. keluarannya adalah homogen
B. ia merupakan pengambil harga
C. terdapat terlalu banyak firma dalam industri
D. terdapat kebebasan keluar masuk firma-firma dalam industri
Comments
Post a Comment