contoh pengenalan kerja kursus pengajian am

1.0  PENGENALAN

                  Perniagaan dalam talian merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan teknologi yang canggih atau lebih dikenali sebagai e-dagang iaitu melakukan urusan jual beli antara peniaga dengan pengguna melalui talian . Di Malaysia, aktiviti perniagaan dalam talian semakin terkenal dan mendapat sambutan hangat pada masa kini, selaras dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi negara. Di samping itu, perniagaan dalam talian bukan sahaja khusus kepada syarikat-syarikat besar, malah terdapat juga syarikat kecil yang menjalankan perniagaan dalam talian, walaupun mereka mempunyai pekerjaan tetap bagi memperoleh pendapatan sampingan.

                Trend beli-belah dalam talian dilihat semakin mendapat mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan industri perniagaan dalam talian(e-dagang) hari ini telah telah menjadikan para pemain industry gigih mempersiapkan diri bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital negara. Di bawah inisiatif digital Malaysia, perniagaan dalam talian (e-dagang) telah diiktiraf sebagai satu daripada elemen yang mampu membantu mempercepatkan pertumbuhan pendapatan ekonomi Malaysia. Menurut Pengarah MDEC bagi Pemboleh e-Dagang, Wee Huay Neo, kadar penembusan internet di Malaysia ialah 67 peratus, manakala e-dagang menyumbang 5.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, hanya 0.6% di bawah sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2020.

               Selain itu, pengguna hari ini dilihat begitu bijak dalam menilai serta membandingkan harga dan tawaran ke atas sesuatu produk bagi mendapatkan nilai yang lebih berbaloi atas setiap perbelanjaan. Ditambah dengan desakan gaya hidup serta kos yang semakin meningkat, ramai dalam kalangan generasi hari ini lebih gemar melakukan aktiviti beli belah dalam talian.
 
              Selanjutnya, kajian yang pengkaji ingin lakukan ialah pembelian pakaian secara dalam talian. Pakaian merupakan satu sesuatu yang dipakai oleh si pemakai seperti baju, seluar, kasut, dan lain-lain. Pakaian juga merupakan salah satu keperluan asas yang diperlukan oleh manusia dalm kehidupan sehariannya. Oleh yang demikian, pembelian pakaian adalah satu perkara biasa yang sering dilakukan oleh manusia kerana sememangnya manusia memerlukan pakaian, tetapi pembeli tidak membeli pakaian secara kerap. Mereka hanya membeli pakaian apabila perlu dan apabila mempunyai wang tambahan. Namun begitu,terdapat juga golongan yang menjadikan pembelian pakaian secara hobi kerana mereka gemar menyimpan pakaian mengikut ‘trend’ semasa.

            Terdapat pelbagai jenis pakaian yang boleh dibeli oleh penggemar membeli-belah secara dalam talian. Antaranya ialah pakaian kasual, pakaian tradisional, jubah, t-shirt, pakaian pejabat, tudung, pakaian bayi, pakaian kanak-kanak dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis ‘trend’ dan gaya yang berubah-ubah mengikut arus zaman dapat didapati secara dalam talian. Majoriti masyarakat gemar membeli pakaian baharu walaupun pakaian yang sedia ada masih boleh dan elok dipakai. Siapa yang tidak gemarkan pakaian baharu? Mungkin ada antara kita yang rasa kurang yakin apabila tidak mengenakan pakaian baharu dalam jangka masa lama. Kini,bermacam-macam jenis  portal beli-belah dalam talian yang boleh dicari dengan hanya hujung jari sahaja, seperti Zalora, Fashion-Valet dan Shopee, menjadikan ‘trip’ ke pusat beli belah seakan membazir masa. Apatah lagi kini hamper kesemua portal menyediakan khidmat pemulangan untuk tempoh 30 hari dari tarikh pembelian. Jadi, tidak mengapa jika saiz yang dibeli tidak sesuai kerana kita boleh memulangkan semula baju tersebut dan mendapat kembali wang yang dibelanjakan.

            Setelah meneliti satu persatu pengenalan tentang kajian ini, rasional kajian ini adalah disebabkan masyarakat di Malaysia gemar membeli pakaian. Salah satu medium yang sering digunakan ialah pembelian secara dalam talian. Sekiranya masyarakat di Malaysia gemar membeli pakaian secara dalam talian, maka sudah semestinya ia telah membantu golongan perniaga yang membuka perniagaan secara dalam talian menambah pendapatan mereka serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Apabila pertumbuhan ekonomi negara meningkat maka, status negara maju dan sejahtera akan mudah dicapai kerana masyarakat sudah lari dari takuk kemiskinan dan berusaha untuk menggapai cita-cita dengan memulakan perniagaan secara dalam talian.



           Kesimpulannya, perniagaan dalam talian bukan sahaja memberikan manfaat kepada pengguna malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada peniaga. Di samping itu, bukan sahaja rakyat yang menerima kebaikan dan faedahnya, malahan hal ini turut memberikan impak yang besar juga kepada negara. Perniagaan secara dalam talian dapat membantu negara untuk membasmi kemiskinan yang dialami oleh rakyat dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara. Keadaan ini menunjukkan bahawa negara Malaysia kini mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain.
😃😀😉😋😁😛😆


               


Comments

Popular Posts